SHAH ALAM: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata lelaki tempatan dan warga asing berusia 29 dan 44 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 ketika cuba menaiki penerbangan ke Sarawak, pada 4.11 pagi.
"Kedua-duanya berada dalam keadaan mencurigakan dan ditahan ketika proses imbasan bagasi yang membawa kepada penemuan 7,000 gram dadah jenis Methamphetamine, pil eramin 5 seberat 5,950 gram dan pil ekstasi seberat 61 gram.
"Dadah berkenaan dijumpai disorok di dalam satu beg sandang dan satu bagasi milik kedua-duanya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Sasikala Devi berkata susulan tangkapan itu, polis kemudiannya menyerbu kondominium yang disewa dua lelaki terbabit di Seri Kembangan, Selangor dan merampas 9,000 gram pil eramin 5 dan 169.65 gram ketamin, menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.76 juta.
Beliau berkata modus operandi sindiket itu ialah dengan menggunakan penerbangan bagi mengaburi pihak berkuasa dengan dipercayai aktif menyeludup dadah ke Sarawak sejak empat bulan lepas.
"Siasatan awal mendapati suspek telah beberapa kali menggunakan kaedah penerbangan bagi tujuan tersebut dan semasa kejadian, mereka dijangka berlepas ke Sibu, iaitu satu daripada pasaran pengedaran dadah sindiket itu," katanya.
Sasikala Devi berkata lelaki warga tempatan itu didapati mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah manakala kedua-dua lelaki berkenaan positif terhadap dadah jenis amphetamine serta Methamphetamine.
"Kedua-duanya kini direman hingga 28 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sasikala Devi berkata pihaknya masih menunggu laporan forensik bagi mengesan pemilik cap jari bagi kes sebuah bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara, pada Mac lepas.
Beliau berkata setakat ini polis telah merakam keterangan daripada 10 individu termasuk pemilik syarikat teknologi maklumat yang mendakwa wang tersebut miliknya.
"Kita masih menunggu saksi-saksi tampil menunjukkan bukti sumber daripada mana wang tersebut diperoleh dan ia mungkin memerlukan masa untuk memutuskan pemilik wang tersebut," katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di pusat beli-belah berkenaan, pada pagi 20 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Sasikala Devi berkata modus operandi sindiket itu ialah dengan menggunakan penerbangan bagi mengaburi pihak berkuasa dengan dipercayai aktif menyeludup dadah ke Sarawak sejak empat bulan lepas. - Gambar fail/Bernama
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Bekas pemain import Liga Super antara ditahan dalam Op Kutip
Bekas pemain import Liga Super antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra awal pagi Sabtu.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.